Ahad, 7 September 2008

Ramadhan Penuh Makna...



Ramadhan datang lagi. Alhamdulillah setelah setahun berlalu Ramadhan kali ini begitu bermakna buat saya. Kehadiran rumah baru di kampung yang telah 96% sempurna membawa seribu pengertian buat saya.

Rumah yang mula dibina pada 2004 sewaktu saya menyambung pelajaran ke Institut Perguruan berbaur dengan pelbagai masalah dan kekurangan sumber kewangan memaksa saya berbagi masa dan sumber kewangan untuk menyiapkannya. Masalah-masalah yang timbul menyebabkan rumah itu tidak dapat di siapkan sepenuhnya. Hasil daripada pemikiran dan pertimbangan semula akhirnya saya bertekad untuk menyiapkannya secara berfasa (phase by phase).

Tahun 2005, saya telah menyiapkan rumah hampir 60%. Rumah yang dahulunya hanya "typical malay house" sudah berubah dari bentuk asalnya menjadi bentuk citarasa dan pilihan saya sendiri. Daripada rumah semua elemennya kayu sekarang sudah bertukar menjadi rumah "semi wooden" ataupun dengan gaya kontemporari. sedikit sentuhan moden dan lama. Atap rumah yang berupa corak bangsal semi roman begitu diminati oleh saya. Maka terhasillah bumbung rumah berbentuk bangsal semi roman.

Tahun 2006 sehingga penghujung 2007 adalah fasa penyudah "finishing" buat rumahdi kampung. Alhamdulillah sekarang rumah itu dah hampir 99% siap. Lega rasa hati walaupun banyak sudah dicurah ke atas rumah pusaka peninggalan arwah ayah dan emak saya. InsyaAllah Raya 2008 penuh makna buat saya dan keluarga saya kerana kami akan beraya di sana. Amin...