Khamis, 16 April 2009

Majlis Perpisahan Guru Besar

Tanggal 15 April kami bersama-sama dengan semua staf SK Wira jaya telah mengadakan majlis perpisahan buat Guru Besar SK Wira Jaya, Cik Wee Chin Miaw yang akan berpindah ke SK Jalan Muara Tuang pada minggu depan. Majlis yang penuh bermakna buar warga SK Wira Jaya dan semestinya buat Guru Besar itu diadakan di Hotel Habour View Kuching. Hampir keseluruhan guru dan staf bukan akademik datang bersama-sama meraikan majlis tersebut.

Guru Besar berasa terharu dan sedih tetapi dapat menyembunyikan perasaan beliau semasa memberi ucapan pada majlis tersebut. Saya sebenarnya telah menyediakan satu "presentation" video khas buat beliau, tetapi agak kecewa pada malam tersebut kerana orang yang diharapkan untuk membawa LCD dan laptopn untuk "presentation" berkenaan lupa membawanya pada majlis tersebut. Emmm... apa nak buat. Tapi saya telah menyerahkan salinan "presentation" berkenaan dalam bentuk CD cakera padat buat guru besar. Nanti guru besar boleh melihatnya sendiri di dalam komputer peribadi beliau.

Guru Besar begitu baik dengan saya dan saya menghormati beliau sebagai boss yang telah banyak memberi pendapat, menegur dan mengajar saya banyak hal berkenaan dengan urusan di sekolah dan di pejabat. Boss... you are great person (ini bukan nak memuji- muji tetapi hakikatnya boss saya banyak memberi ilmu pengetahuan pada saya).

Diharapkan guru besar baru nanti dapat mengajar saya juga dalam hal-hal pengurusan di pejabat sekolah. Kita nantikan kedatangan beliau pada hari Isnin nanti. Sekian