Khamis, 31 Julai 2008

Kekuasaan Tuhan



Apakah yang mungkin kita fikirkan tentang tempat ini. Saya berada disebelah awan berdekatan dengan jalanraya paling tinggi di Gunung Kinabalu "Mount Verrata".Maha Besar segala sifat bagi Allah Azawajalla kerana memungkin perkara seperti ini dilihat oleh makhluknya bernama manusia yang bisa menilai dan berfikir sejenak tentang kekuasaan Allah Azawajallah. Renungkanlah... Kekuasaan Allah ada di mana-mana sahaja mahu didunia taupun alam semesta. Subhanallah, Alhamdulillah wa Allah hu Akbar.

Pernikahan Teman Akrab Di Kalimantan Barat


Tanggal 6 Julai 2008, teman rapat saya bernama Sugiyat bin Samidi melangsungkan perkahwinannya. Saya menghadiri kenduri tersebut yang dilangsungkan di Daerah Kembayan, Kalimantan Barat, Indonesia. Sebetulnya tempat itu tidaklah jauh dari sempadan Malaysia/Indonesia. Sekitar 45 minit kalau memandu kereta ke sana dari Pekan Tebedu, Serian. Saya mengambil keputusan untuk menaiki "mobil" bersama saudara Sunawan yang merupakan teman rapat sejak 8 tahun yang lalu.


Perencanaannya Sunawan akan menunggu di Entekong(sempadan Indonesia). Sampai sahaja di sana, Sunawan telah menunggu di tepi jalan di Wilayah Malaysia. He he baik punya hati Sunawan, mungkin beliau bimbang dan risau dengan aku keseorangan membawa mobil melintasi batas. Ha ha.. Nawan kau memang baik. Sampai sahaja di batas saya dan sunawan meletakkan kenderaan di tepi kaunter masuk Imigresen Malaysia untuk mengisi borang membawa kenderaan ke negara jiran Indonesia. Huh... rumit jugak prosedurnya, banyak perkara yang harus dilakukan. Buat pembaca sekalian anda boleh mengikuti pengalaman saya ini supaya kelak bila punya masa untuk ke Pontianak atau Singkawang Indonesia dapat mengetahui bagaimana cara pengurusan melancong dengan menaiki kenderaan sendiri ke negara jiran.


Sekali lagi Waja 1.6 kesayangan saya meluncur melintas sempadan Malaysia/Indonesia. Kalau dulu melintas sempadan Malaysia/Brunei, tapi kali ini ianya lebih mencabar iaitu melintasi sempadan Malaysia/Indonesia.Prosedurnya agak mencabar sedikit, mula-mula saya harus minta borang membawa kenderaan ke negara Indonesia di kaunter JPJ Malaysia. Setelah diisikan maklumat perlu seperti nombor kereta, pemilik dan cukai jalan..emm..senang cerita bawa saja salinan "green card" kereta untuk kemudahan mengisi borang nanti. Bila sudah selesai maka kita perlu minta cop pengesahan dari imigresen dan pegawai JPJ di kaunter.


Setelah selesai, kita perlu mendapatkan satu salinan laporan polis Malaysia, berkenaan kereta kita dan perkara-perkara yang kita bawa di dalam kereta. Salinan laporan polis boleh dibuat di pondok polis Malaysia dekat dengan pintu masuk ke Imigrasi Indonesia. Bila semua dokumen sudah terkumpul, maka bolehlah kita melangkah masuk membawa mobil ke pihak Imigrasi Indonesia.


Di Imigrasi Indonesia, kita perlu mendapatkan insuran kereta ketika berada di sana. Insuran kereta berjumlah sekitar RM60 harus dibeli sebagai tujuan keselamatan sekiranya berlaku kecurian ato kemalangan semasa perjalanan nanti. Selepas mendapat insuran kereta kita akan diberi pas lawatan membawa kenderaan masuk ke Negara Indonesia, dan juga disertakan "road tax" sementara dipaparkan dicermin kereta. Wah cukup banyak prosedurnya.


Sejurus selesai urusan kenderaan, pasport kita jangan lupa dicopkan. Saya bersama Sunawan pergi ke kaunter Imigrasi Indonesia untuk cop masuk ke Negara Indonesia sah laku (valid) untuk tempoh masa sebulan. Emm.. sesudah itu barulah aman rasa dihati, maka kereta Waja kesayanganku mula bisa meluncur laju dijalan Entikong - Singkawang. Untuk peringatan kepada rakan-rakan yang ingin membawa kenderaan sendiri ke Pontianak Indonesia, jangan lupa bawa salinan fotostat "green card", K/P dan passport untuk tujuan pemeriksaan. Sekian.

Gunting Rambut


Gunting rambut memang suatu yang wajib bagi semua manusia tidak kira lelaki atau wanita. Tetapi kekerapan menggunting rambut di kalangan lelaki lebih daripada perempuan. Betul kan? Hari ini saya menggunting rambut setelah mencuba selama 2 bulan lebih menahan daripada digunting rambut. Pada mulanya niat saya ingin menyimpan rambut biar panjang sedikit supaya boleh buat teknik "rebonding" dan meluruskan rambut. Teringin benar rasanya nak berambut panjang. Ini disebabkan selama ini saya tidak lagi menyimpan rambut seperti mana pada 7 tahun yang lalu.

Saya lebih selesa dengan rambut yang pendek pada masa ini kerana senang diurus dan dijaga. Tetapi tergerak hati saya dalam beberapa bulan ini hendak menyimpan rambut biar panjang. tetapi kesudahannya gagal. Saya terasa rimas dan gatal kulit kepala bila rambut dah mula panjang. Kawan-kawan sekerja juga tidak menggalakkan saya berambut panjang kerana kurang menyerlah dan tidak sesuai buat wajah saya. Emm... saya merasa tekanan juga tetapi saya hanya boleh bertahan selama 2 bualan setengah.

Akhirnya pada hari ini, saya dengan tidak berfikir panjang terus menyuruh kawan baik saya "Al-Hafiz" menggunting rambut. Dengan tidak banyak bicara Hafiz terus menggunting rambut saya. Tanpa berfikir lagi, ah.. potong sahaja. Satu peristiwa yang tidak dapat dilupakan berlaku, tiba-tiba rambut saya susah nak digunting. Mungkin sebab "rambut" tu tahu saya nak menyimpannya panjang. Rupa-rupanya mesin pemotong rambut yang buat hal. Mata pemotong rambut dah tumpul dan kena pula dengan keadaan rambut saya macam dawai, ha ha lambatlah nak digunting. Hafiz terpaksa mengambil masa yang lama untuk menggunting dan mengemas rapi rambut saya.

Rambut penting buat manusia. Tanpa rambut wajah dan rupa bentuk manusia berubah. Pelbagai jenis fesyen rambut yang ada dan digayakan oleh remaja, orang tua mahupun kanak-kanak. Rambut harus dijaga dengan rapi supaya nampak sihat dan kemas. Kesihatan rambut juga perlu dititik beratkan seperti membasuh rambut setiap kali bangun dari tidur dan selepas balik dari kerja. Rambut adalah mahkota kepala yang unik anugerah dari tuhan yang Maha Esa. Jadi jagalah rambut anda!!!

Kegunaan Air Sejuk Dan Ketulan Ais


· Air Sejuk yang hening dapat menolong pesakit insomnia yang sukar tidur agar dapat kembali tidur seperti biasa.

· Orang yang tidur dalam udara yang sejuk dan berselimut untuk memanaskan tubuhnya adalah kombinasi yang baik untuk menjaga kesihatan secara menyeluruh dalam jangka masa pendek apatah lagi jangka panjang.

· Udara panas lebih memudahkan penyebaran penyakit berjangkit kerana bakteria lebih agresif dan cepat membiak dalam cuaca begini.

· Liputan ais di Antartika (daerah kutub Selatan) dan Artik (daerah kutub utara) adalah pengimbang dasar bumi yang amat panas.

· Kombinasi dalam bumi yang panas dan luaran bumi yang sejuk adalah rahsia keseimbangan tekanan semulajadi alam yang mengawal graviti dan pergerakan bumi pada paksinya.

· Ais atau air sejuk dapat mengembalikan memori atau sifat pelupa yang keterlaluan.· Benarkan anak anda mengunyah ais kerana ini akan menguatkan giginya dan benarkan anak anda memakan ais krim secara perlahan-lahan dan berterusan sehingga batuknya hilang dalam masa beberapa jam kerana mengambil ubat batuk biasanya akan mengambil masa satu minggu untuk melegakan batuk secara total.

· Membiasakan diri mengunyah ais akan meningkatkan kecerdasan fikiran dan kepantasan pergerakan.

· Ais amat diperlukan oleh mana-mana atlit sukan dalam kecederaan yang tidak disangka-sangkakan.

· Air sejuk atau ais kini dijadikan bahan perencat kepada kecederaan yang akut seperti demam panas yang biasanya dihidapi oleh bayi yang mempunyai potensi menghidapi sawan.

· Air sejuk adalah terapi yang amat popular sebagai penguat tulang yang telah patah dengan syarat ia dibalut dengan kain hitam.

· Air sejuk dalam rahsia cuka adalah sangat baik untuk menguatkan tulang yang patah kerana ia dapat menyembuhkan tulang dengan lebih cepat.

· Air suam dengan rahsia cuka yang diminum akan melemahkan dan mengecutkan sistem aliran darah yang menjadi penyebab utama terjadinya lumpuh.

· Adalah makruh mengambil air sembahyang (wuduk) pada suhu yang tinggi atau yang telah terkena panas cahaya matahari yang pastinya akan mengganggu sistem deria pada kulit.

· Air sejuk secara psikologinya amat ditakuti oleh pesakit yang mengalami gangguan jin atau dikuasai oleh unsur-unsur spiritual yang jahat.

· Air sejuk mempunyai nada bunyi dalam tekanan rendah yang amat lembut lagi mengharmonikan.

· Air sejuk akan menguatkan tulang bayi.

· Air sejuk akan meningkatkan sistem imun yang luar biasa sebagai tenaga pencegahan berbagai penyakit alahan dan jangkitan.

· Air sejuk dalam rahsia ais memegang rahsia kepadatan molekut kristal yang paling keras iaitu intan.

· Air sejuk adalah kuasa penyerap yang amat sesuai dijadikan sistem penghantaran tenaga yang paling cekap sehingga ke dasar sel yang jauh dan menyeluruh.

· Air sejuk mempunyai daya rangsangan yang boleh mengembalikan semangat orang yang telah hilang ingatan seperti pengsan, gila dan koma kembali sedar yangmana dibuat air penawar melalui bacaan ayat-ayat al-Qur'an dan selawat dengan bacaan tiga kali atau tujuh kali.

· Mandi air sejuk akan menguatkan tulang. Tulang yang berlebihan urik asid akan meningkatkan suhu tulang dan melemahkan struktur tulang.

· Air sejuk lebih stabil molekul atomnya dan lebih peka kepada gelombang frekuensi rendah yang dirakamkan melalui niat dalam amalan berwudu. Air sejuk dapat merakamkan gelombang frekuensi rendah lebih stabil.

· Air sejuk sesuai dijadikan air penawar kepada orang yang ingin merakamkan bunyi dalaman yang disertai dengan rasa kasih sayang dan keikhlasan.

· Air kelapa muda bersifat sejuk amat baik untuk kesihatan kerana ia amat berkesan untuk meneutralkan kesan keracunan dan keasidan yang berlebihan dalam aliran darah. Tubuh secara semulajadinya bersifat panas dan ia memerlukan pasangan yang bersifat sejuk.

· Oksigen dan hidrogen bersifat panas dan ia menguasai bahagian perut. Adalah menjadi suatu kesalahan memulakan amalan pemakanan di waktu pagi dengan unsur-unsur yang panas. Minumlah seteguk air sejuk di awal pagi kerana ia menguatkan perut atau awet muda kata orang sekarang.

Wallahhu A'alamu..semuga artikel di atas ada kebenarannya copyrighted.email@2008

Berurusan Dengan Pejabat Awam

Alhamdulillah, merujuk kepada situasi masa kini, cara dan prosedur berurusan dengan pejabat kerajaan, agak lancar dan lebih teratur. Sistem yang digunapakai "very practical" di sesetengah jabatan kerajaan. Contohnya, dalam menguruskan kemasukan anak-anak ke sekolah, membuat pasport, memperbaharui lesen dan banyak lagi urusan lain yang berkaitan dengan jabatan-jabatan kerajaan. Orang ramai tidak perlu menunggu terlalu lama untuk berurusan di kaunter. Cuma perlu mengambil sedikit masa sahaja, paling lama pun sekitar 30 minit.Akan tetapi, tidak semua jabatan berbuat sedemikian, mungkin masih dalam proses transformasi atau pun dalam proses peralihan yang memakan masa sedikit.

Satu perkara yang saya rasa pihak kerajaan perlu mengambil tahu ialah berkenaan dengan keseragaman maklumat atau pun dalam bahasa inggeris dinamakan "syncronise". Wujud di sesetengah jabatan memberikan maklumat yang tidak jelas dan tidak seragam.Contohnya, bila kita berurusan untuk membuat pembayaran, pengeluaran dan memohon dokumen dari jabatan-jabatan tertentu. Wujud percanggahan informasi dan maklumat yang diberikan oleh pegawai-pegawai jabatan.

Sesungguhnya bagi pelanggan ketentuan sesuatu perkara itu adalah penting untuk memastikan jadual kehidupan mereka teratur dan mengikut masa.Untuk lebih jelas lagi ketika pelanggan memohon untuk mendapatkan dokumen tertentu, setelah disemak dan diteliti oleh pegawai kaunter mereka akan memberikan jangkawaktu tertentu bila pelanggan boleh mendapatkan dokumen tersebut. Tetapi malangnya, bila sudah cukup tempoh yang diberikan, dokumen tidak dapat dikeluarkan "issued" atas sebab-sebab tertentu seperti sedang menunggu pegawai atasan meluluskannya, atau sebab kengkangan permohonan sebelum itu dan sebagainya.

Jadi perkara sedemikian akan menyebabkan pelanggan kecewa dan tidak puas hati. Lantas, segala yang ditunggu dan diharapkan menjadi lambat "delay". Sekiranya pelanggan itu mempunyai jadual perancangan tertentu dalam hidupnya, pasti hal sedemikian menyebabkan mereka hilang "mood" dan terpaksa membuat penyesuaian dalam jadual yang telah diatur sebelumnya.

Selain itu, maklumat dalam jabatan-jabatan kerajaan itu sendiri tidak "syncronice". Contohnya, pegawai kaunter mengatakan proses akan memakan masa 3 minggu untuk diselesaikan. Tetapi, bila dirujuk dengan pegawai hubungan awam melalui telefon, lain pula maklumat yang diberikan. Sebaliknya, proses akan memakan masa selama 6 minggu. Jadi hal yang sedemikian menyebabkan pelanggan keliru. Manakah maklumat yang sahih.

Saya rasa perkara seperti ini perlu dititikberatkan oleh jabatan-jabatan dalam sektor awam bagi memastikan kehidupan orang awam teratur dan berpuas hati dengan perkhidmatan yang disediakan. Selain, ianya dapat meningkat prestasi kerja dan perkhidmatan sektor awam.

Rabu, 30 Julai 2008

Dari Kuching Ke Kota Kinabalu


Cuti persekolahan yang lepas telah memberi kesempatan kepada saya untuk menjelajah Malaysia Timur atau lebih dikenali sebagai Pulau Borneo. Pengembaraan ini membawa seribu makna buat saya. Dengan bertemankan ahli keluarga, saya memandu kereta kesayangan Waja 1.6 meluncur terus dari Kota Kuching, Sarawak menuju ke Kota Kinabalu, Sabah. Dua wilayah jajahan Malaysia di sebelah timur tenggara (southeast) dalam peta dunia.


Perjalanan ini dirancang bersempena pernikahan sepupu di Daerah Lawas, Bahagian Limbang, Negeri Sarawak. Saya dapat merasakan betapa jauhnya jarak antara Kuching dengan Lawas. Wah.. Negeri Sarawak tercinta ini sememangnya luas dan besar. Bayangkan perjalanan ini memakan masa dua hari dan sejauh lebih 1400 km.


Perjalanan bermula dari Kuching terus melalui banyak tempat. Mungkin saya boleh ceritakan buat kalian supaya boleh menjejaki "tracking" tempat disepanjang perjalanan itu. Di antara tempat yang dilalui ialah bermula dari pekan berdekatan sempadan Tebedu-Entekong(Indonesia) iaitu Serian, terus ke Balai Ringin, Simunjan, Sri Aman, Betong, Saratok, Sarikei, Sibu, Bintulu, Batu Niah, Miri. Kami singgah bermalam di Miri kerana kepenatan.


Kemudian meneruskan perjalanan melepasi sempadan Sungai Tujuh - Kuala Belait (Brunei) dan melalui banyak tempat di Negara Brunei Darussalam seperti Lamunin, Kampung Mulaut terus ke Kuala Lurah. Di Kuala Lurah sekali lagi kami melepasi sempadan untuk masuk ke Bahagian Limbang, Sarawak. Di Limbang kami singgah makan tengahari. Kalau kalian nak makan makanan laut yang segar eloklah singgah makan di Bandar Limbang. Makanan sedap dan murah.


Dari Limbang kami terus ke Lawas, tetapi terpaksa sekali lagi melepasi sempadan Limbang - Temburong(Brunei). Satu jam perjalanan dari Puni, Brunei terus sampai ke Kuala Trusan(Malaysia). Alhamdulillah, akhirnya saya berjaya membawa waja ke Bandar Lawas, daerah paling hujung di Sarawak, daerah yang bersempadanan dengan Negeri Sabah. Kami bermalam di Lawas dan berkenalan dengan keluarga sebelah perempuan, isteri kepada sepupu.


Semasa menunggu majlis perkahwinan dilangsungkan iaitu pada hari Ahad, kami bercadang untuk ke Kota Kinabalu atau nama tersanjungnya KK. Saya membaca peta dan bertanyakan kepada orang tempatan. Katanya perjalanan mengambil masa 3 jam dari Lawas-KK. Pagi keesokan harinya kami bertolak dari Lawas. Kemudian melalui Merapok sempadan Sabah, terus ke pekan Sipitang. Kami berhenti di Pasar Tamu, Sipitang. Saya tertarik dengan ikan bilis lantas membelinya. Faktor utama kerana harganya murah sekitar RM13 untuk 1 kilo ikan bilis yang sudah dikopak. Wow murah sekali!


Bertolak dari Sipitang terus ke Beaufort, Kuala Penyu, terus ke Lok Kawi dan sampai akhirnya ke KK. Huh! penat juga rasanya. Saya dah berjaya sampai ke KK. Satu pengalaman yang cukup "best" buat saya. Kepada pembaca blog ini, saya cadangkan agar kalian dapat merasai bagaimana perjalanan dari Kuching ke Kota Kinabalu. Teruskan niat anda sekiranya ada kemahuan!

Psikologi Murid Sekolah Rendah

Setelah tiga tahun mengajar sekolah rendah, saya dapat merasakan perbezaan dalam cara mengajar dan mendidik murid. Murid sekolah rendah atau nama lainnya kanak-kanak bawah umur (12 tahun ke bawah) mempunyai tingkahlaku dan paras emosi yang berbeza. Tidak seperti murid-murid di sekolah menengah. Mereka lebih "curios" dalam banyak hal. Saya lebih suka menggunakan bahasa anak-anak merujuk kepada murid sekolah rendah kerana mereka layak digelar sedemikian. Dengan rupa paras yang bersahaja, rilek, santai dan kadang nakal, mereka tidak tahu apa yang berlaku di sekitar dan tidak akan memikirkan kesan dan akibat mahupun kenapa ianya berlaku. Mereka hanya tahu apa yang hendak dibuat pada hari ini apabila pergi ke sekolah. Siapa kawan yang akan bersama mereka semasa di sekolah. Dan di manakah tempat mereka akan berkumpul semasa waktu rehat.

Anak-anak ini adalah satu anugerah tuhan yang unik. Mereka hanya menerima apa yang diberikan oleh orang dewasa. Dan mereka kenal siapa ayah, emak, adik-beradik, kawan sekolah, guru dan mungkin lebih jauh lagi ahli keluarga sebelah ayah atau emak. Anak-anak ini sememangnya "white canvas" yang masih mencari dan mendapati sesuatu di dalam kehidupan. Ingatan dan pengalaman yang baru akan disimpan di dalam memori kekal mereka. Itu pun, tidak banyak yang akan di ingat bila mereka dewasa nanti.Jadi, pendekatan bagi guru di sekolah rendah bukan sekadar mengajar tetapi memahami tingkahlaku dan paras emosi kanak-kanak sebelum memulakan pelajaran. Kebanyakan guru di sekolah rendah faham dan mungkin bersetuju dengan saya, guru sekolah rendah bukan sekadar mengajar tetapi memahami dan melayan karenah murid dalam memberi pengajaran dan pembelajaran.