Rabu, 30 Julai 2008

Dari Kuching Ke Kota Kinabalu


Cuti persekolahan yang lepas telah memberi kesempatan kepada saya untuk menjelajah Malaysia Timur atau lebih dikenali sebagai Pulau Borneo. Pengembaraan ini membawa seribu makna buat saya. Dengan bertemankan ahli keluarga, saya memandu kereta kesayangan Waja 1.6 meluncur terus dari Kota Kuching, Sarawak menuju ke Kota Kinabalu, Sabah. Dua wilayah jajahan Malaysia di sebelah timur tenggara (southeast) dalam peta dunia.


Perjalanan ini dirancang bersempena pernikahan sepupu di Daerah Lawas, Bahagian Limbang, Negeri Sarawak. Saya dapat merasakan betapa jauhnya jarak antara Kuching dengan Lawas. Wah.. Negeri Sarawak tercinta ini sememangnya luas dan besar. Bayangkan perjalanan ini memakan masa dua hari dan sejauh lebih 1400 km.


Perjalanan bermula dari Kuching terus melalui banyak tempat. Mungkin saya boleh ceritakan buat kalian supaya boleh menjejaki "tracking" tempat disepanjang perjalanan itu. Di antara tempat yang dilalui ialah bermula dari pekan berdekatan sempadan Tebedu-Entekong(Indonesia) iaitu Serian, terus ke Balai Ringin, Simunjan, Sri Aman, Betong, Saratok, Sarikei, Sibu, Bintulu, Batu Niah, Miri. Kami singgah bermalam di Miri kerana kepenatan.


Kemudian meneruskan perjalanan melepasi sempadan Sungai Tujuh - Kuala Belait (Brunei) dan melalui banyak tempat di Negara Brunei Darussalam seperti Lamunin, Kampung Mulaut terus ke Kuala Lurah. Di Kuala Lurah sekali lagi kami melepasi sempadan untuk masuk ke Bahagian Limbang, Sarawak. Di Limbang kami singgah makan tengahari. Kalau kalian nak makan makanan laut yang segar eloklah singgah makan di Bandar Limbang. Makanan sedap dan murah.


Dari Limbang kami terus ke Lawas, tetapi terpaksa sekali lagi melepasi sempadan Limbang - Temburong(Brunei). Satu jam perjalanan dari Puni, Brunei terus sampai ke Kuala Trusan(Malaysia). Alhamdulillah, akhirnya saya berjaya membawa waja ke Bandar Lawas, daerah paling hujung di Sarawak, daerah yang bersempadanan dengan Negeri Sabah. Kami bermalam di Lawas dan berkenalan dengan keluarga sebelah perempuan, isteri kepada sepupu.


Semasa menunggu majlis perkahwinan dilangsungkan iaitu pada hari Ahad, kami bercadang untuk ke Kota Kinabalu atau nama tersanjungnya KK. Saya membaca peta dan bertanyakan kepada orang tempatan. Katanya perjalanan mengambil masa 3 jam dari Lawas-KK. Pagi keesokan harinya kami bertolak dari Lawas. Kemudian melalui Merapok sempadan Sabah, terus ke pekan Sipitang. Kami berhenti di Pasar Tamu, Sipitang. Saya tertarik dengan ikan bilis lantas membelinya. Faktor utama kerana harganya murah sekitar RM13 untuk 1 kilo ikan bilis yang sudah dikopak. Wow murah sekali!


Bertolak dari Sipitang terus ke Beaufort, Kuala Penyu, terus ke Lok Kawi dan sampai akhirnya ke KK. Huh! penat juga rasanya. Saya dah berjaya sampai ke KK. Satu pengalaman yang cukup "best" buat saya. Kepada pembaca blog ini, saya cadangkan agar kalian dapat merasai bagaimana perjalanan dari Kuching ke Kota Kinabalu. Teruskan niat anda sekiranya ada kemahuan!

15 ulasan:

Tepak Sireh berkata...

Salam... hujung minggu ni saya bercadang utk memandu dari Miri ke KK... saya ingin tahu jarak perjalanan (KM atau batu) dari Miri ke KK... any idea?

Teruja bila baca bawa saudara memandu dari Kuching ke KK... Syabas!!!

zaratechtravel berkata...

salam Hatta, saya pula bercadang nak melawat kuching dari Kota Kinabalu. Saya kena selesai dulu dokumen perjalanan kerana ada family yang takde passpot.

Tanpa Nama berkata...

try la pi sandakan n tawau, bro..
itu lagi jauh... kk to sandakan 323km .... sandakan to tawau pun jauh jugak...
apa2 saya setuju..kalo driving 'adventure' mcm ni... best gak tp kena buat prep dulu la... apa2 jadi susah woo...

to brader hatta ... journey onwards n sukses slalu...

Mus berkata...

salam..
perjalanan yang jauh..

kamek di kk
ada plan nak drive balit ke kuching juak pakei waja 1.6 auto

agak2x nya berapa minyak oo?

HATTA ATAR berkata...

Ok Thank you very much to all of you. May god bless us. To Mus. yup minyak memang agak banyak dipakei.. lebih kurang 4 kali isik full tank, sekali di Kuching, second time di Sibu, third time di Bintulu dan terakhir di Lawas. Di Negara Brunai isik juak 10 dollar. Ya paling banyak boleh isik oleh urang Malaysia.

Engr.Muhd.Paizal berkata...

Bravo! Walaupun saya org semenanjung tp saya terasa teruja untuk mencuba memandu dari Kuching ke Miri, cita2 timbul bila saya berjumpa dgn seorang bapa yg menghantar anaknya mendaftar di UiTM Kota Samarahan dengan memandu dari Miri ke Kuching selama 12 jam, wah! InshaAllah, jika diizinkan Allah, saya akan cuba memandu dari Kuching ke Miri dan mungkin terus ke KK, :-)

All the best to you Mr Hatta!

uzair berkata...

seronok membca tulisan saudara...
saya dari kedah....berhasrat nak buat tour msia timur,dari kuching ke kk, dengan motorsikal....
ingin bertanya,bagaimana keadaan jalan di sana dan adakah banyak stesen minyak?
saya sudah pusing satu semenanjung dengan motorsikal 100cc yamaha sport saya,ingin benar ke sabah dan sarawak pula

HATTA HJ. ATAR berkata...

Emm buat saudara Uzair.. Jalan alhamdulillah ok. tapi ada juga kawasan yang tidak begitu baik jalannya. Overall ok. Sekarang ni saya rasa semakin baik jalannya. Dan mengenai stesen minyak don't worry anda akan jumpa banyak stesen minyak di sepanjang jalan mahu dalam Malaysia ataupun di Negara Brunei. try your best k.. semuga sampai ke KK

NaBiLaH RaiS berkata...

Salam, nak tanya jugak...
Saya baru saja merancang nak ke Brunei dari Kuching. Boleh ke buat rancangan tergesa2 mcm ni. Apa yg perlu dibawa?

Kalau guna Toyota Wish, ok ke? Maklumlah Wish tu body dia rendah..tkt x sesuai berjalan jauh..

boleh x emailkan sy lanjut ttg perjalanan Kuching-Brunei-Miri ni..chibi_shirou@yahoo.com.

Trima kasih.

bakri mahli berkata...

salam cikgu Hatta.

Kamek pun di KK juak tok ngan keluarga.Driving juak dari Kuching hingga ke Poring Hot Spring KK. huh..best. driving dalam awan...sik caya?? cuba la dirik mpun oo...pengalaman yang sik akan kamek lupak seumur hidup. daripada melancung keluar negara? di sitok lebih bagus dari negara luar.SAYANG MALAYSIA...

Tanpa Nama berkata...

Salam. Apakah selamat memandu diwaktu malam, misalnya jam 8, 9 dan 10 malam dari miri ke Bintulu.

bakri mahli berkata...

salam. ok,sebenarnya driving malam dari miri ke bintulu, cuma kena alert sikit la..jalan kurang elok. kalau boleh follow je kereta lain, lori,traler,bas ekspress. safe sikit. k... jangan lupa bawa makanan untuk di kunyah, masa mata mengantuk. selamat memandu...

HATTA HJ. ATAR berkata...

Yup. Malam agak bahayelah jalan kurang bagus kalau dari bintulu ke miri be aware. elok pakai coastal highway baru ok sikit.

bakri mahli berkata...

bagi kmk x la bahaya ney pun, cuma terpulang pada dirik mpun la yang ngembak kereta ya...bahaya..mana-mana pun bahaya...mun x kita, kereta lain yang membahayakan kita...terpulanglah..nangga keadaan la..mun x mengizinkan, driving siang jak la...k.

Khairi berkata...

Salam, apa persediaan utk drive dari KK ke Kuching.. Saya merancang utk buat dlm masa terdekat ni...