Khamis, 31 Julai 2008

Berurusan Dengan Pejabat Awam

Alhamdulillah, merujuk kepada situasi masa kini, cara dan prosedur berurusan dengan pejabat kerajaan, agak lancar dan lebih teratur. Sistem yang digunapakai "very practical" di sesetengah jabatan kerajaan. Contohnya, dalam menguruskan kemasukan anak-anak ke sekolah, membuat pasport, memperbaharui lesen dan banyak lagi urusan lain yang berkaitan dengan jabatan-jabatan kerajaan. Orang ramai tidak perlu menunggu terlalu lama untuk berurusan di kaunter. Cuma perlu mengambil sedikit masa sahaja, paling lama pun sekitar 30 minit.Akan tetapi, tidak semua jabatan berbuat sedemikian, mungkin masih dalam proses transformasi atau pun dalam proses peralihan yang memakan masa sedikit.

Satu perkara yang saya rasa pihak kerajaan perlu mengambil tahu ialah berkenaan dengan keseragaman maklumat atau pun dalam bahasa inggeris dinamakan "syncronise". Wujud di sesetengah jabatan memberikan maklumat yang tidak jelas dan tidak seragam.Contohnya, bila kita berurusan untuk membuat pembayaran, pengeluaran dan memohon dokumen dari jabatan-jabatan tertentu. Wujud percanggahan informasi dan maklumat yang diberikan oleh pegawai-pegawai jabatan.

Sesungguhnya bagi pelanggan ketentuan sesuatu perkara itu adalah penting untuk memastikan jadual kehidupan mereka teratur dan mengikut masa.Untuk lebih jelas lagi ketika pelanggan memohon untuk mendapatkan dokumen tertentu, setelah disemak dan diteliti oleh pegawai kaunter mereka akan memberikan jangkawaktu tertentu bila pelanggan boleh mendapatkan dokumen tersebut. Tetapi malangnya, bila sudah cukup tempoh yang diberikan, dokumen tidak dapat dikeluarkan "issued" atas sebab-sebab tertentu seperti sedang menunggu pegawai atasan meluluskannya, atau sebab kengkangan permohonan sebelum itu dan sebagainya.

Jadi perkara sedemikian akan menyebabkan pelanggan kecewa dan tidak puas hati. Lantas, segala yang ditunggu dan diharapkan menjadi lambat "delay". Sekiranya pelanggan itu mempunyai jadual perancangan tertentu dalam hidupnya, pasti hal sedemikian menyebabkan mereka hilang "mood" dan terpaksa membuat penyesuaian dalam jadual yang telah diatur sebelumnya.

Selain itu, maklumat dalam jabatan-jabatan kerajaan itu sendiri tidak "syncronice". Contohnya, pegawai kaunter mengatakan proses akan memakan masa 3 minggu untuk diselesaikan. Tetapi, bila dirujuk dengan pegawai hubungan awam melalui telefon, lain pula maklumat yang diberikan. Sebaliknya, proses akan memakan masa selama 6 minggu. Jadi hal yang sedemikian menyebabkan pelanggan keliru. Manakah maklumat yang sahih.

Saya rasa perkara seperti ini perlu dititikberatkan oleh jabatan-jabatan dalam sektor awam bagi memastikan kehidupan orang awam teratur dan berpuas hati dengan perkhidmatan yang disediakan. Selain, ianya dapat meningkat prestasi kerja dan perkhidmatan sektor awam.

Tiada ulasan: