Khamis, 31 Julai 2008

Pernikahan Teman Akrab Di Kalimantan Barat


Tanggal 6 Julai 2008, teman rapat saya bernama Sugiyat bin Samidi melangsungkan perkahwinannya. Saya menghadiri kenduri tersebut yang dilangsungkan di Daerah Kembayan, Kalimantan Barat, Indonesia. Sebetulnya tempat itu tidaklah jauh dari sempadan Malaysia/Indonesia. Sekitar 45 minit kalau memandu kereta ke sana dari Pekan Tebedu, Serian. Saya mengambil keputusan untuk menaiki "mobil" bersama saudara Sunawan yang merupakan teman rapat sejak 8 tahun yang lalu.


Perencanaannya Sunawan akan menunggu di Entekong(sempadan Indonesia). Sampai sahaja di sana, Sunawan telah menunggu di tepi jalan di Wilayah Malaysia. He he baik punya hati Sunawan, mungkin beliau bimbang dan risau dengan aku keseorangan membawa mobil melintasi batas. Ha ha.. Nawan kau memang baik. Sampai sahaja di batas saya dan sunawan meletakkan kenderaan di tepi kaunter masuk Imigresen Malaysia untuk mengisi borang membawa kenderaan ke negara jiran Indonesia. Huh... rumit jugak prosedurnya, banyak perkara yang harus dilakukan. Buat pembaca sekalian anda boleh mengikuti pengalaman saya ini supaya kelak bila punya masa untuk ke Pontianak atau Singkawang Indonesia dapat mengetahui bagaimana cara pengurusan melancong dengan menaiki kenderaan sendiri ke negara jiran.


Sekali lagi Waja 1.6 kesayangan saya meluncur melintas sempadan Malaysia/Indonesia. Kalau dulu melintas sempadan Malaysia/Brunei, tapi kali ini ianya lebih mencabar iaitu melintasi sempadan Malaysia/Indonesia.Prosedurnya agak mencabar sedikit, mula-mula saya harus minta borang membawa kenderaan ke negara Indonesia di kaunter JPJ Malaysia. Setelah diisikan maklumat perlu seperti nombor kereta, pemilik dan cukai jalan..emm..senang cerita bawa saja salinan "green card" kereta untuk kemudahan mengisi borang nanti. Bila sudah selesai maka kita perlu minta cop pengesahan dari imigresen dan pegawai JPJ di kaunter.


Setelah selesai, kita perlu mendapatkan satu salinan laporan polis Malaysia, berkenaan kereta kita dan perkara-perkara yang kita bawa di dalam kereta. Salinan laporan polis boleh dibuat di pondok polis Malaysia dekat dengan pintu masuk ke Imigrasi Indonesia. Bila semua dokumen sudah terkumpul, maka bolehlah kita melangkah masuk membawa mobil ke pihak Imigrasi Indonesia.


Di Imigrasi Indonesia, kita perlu mendapatkan insuran kereta ketika berada di sana. Insuran kereta berjumlah sekitar RM60 harus dibeli sebagai tujuan keselamatan sekiranya berlaku kecurian ato kemalangan semasa perjalanan nanti. Selepas mendapat insuran kereta kita akan diberi pas lawatan membawa kenderaan masuk ke Negara Indonesia, dan juga disertakan "road tax" sementara dipaparkan dicermin kereta. Wah cukup banyak prosedurnya.


Sejurus selesai urusan kenderaan, pasport kita jangan lupa dicopkan. Saya bersama Sunawan pergi ke kaunter Imigrasi Indonesia untuk cop masuk ke Negara Indonesia sah laku (valid) untuk tempoh masa sebulan. Emm.. sesudah itu barulah aman rasa dihati, maka kereta Waja kesayanganku mula bisa meluncur laju dijalan Entikong - Singkawang. Untuk peringatan kepada rakan-rakan yang ingin membawa kenderaan sendiri ke Pontianak Indonesia, jangan lupa bawa salinan fotostat "green card", K/P dan passport untuk tujuan pemeriksaan. Sekian.

Tiada ulasan: