Khamis, 31 Julai 2008

Gunting Rambut


Gunting rambut memang suatu yang wajib bagi semua manusia tidak kira lelaki atau wanita. Tetapi kekerapan menggunting rambut di kalangan lelaki lebih daripada perempuan. Betul kan? Hari ini saya menggunting rambut setelah mencuba selama 2 bulan lebih menahan daripada digunting rambut. Pada mulanya niat saya ingin menyimpan rambut biar panjang sedikit supaya boleh buat teknik "rebonding" dan meluruskan rambut. Teringin benar rasanya nak berambut panjang. Ini disebabkan selama ini saya tidak lagi menyimpan rambut seperti mana pada 7 tahun yang lalu.

Saya lebih selesa dengan rambut yang pendek pada masa ini kerana senang diurus dan dijaga. Tetapi tergerak hati saya dalam beberapa bulan ini hendak menyimpan rambut biar panjang. tetapi kesudahannya gagal. Saya terasa rimas dan gatal kulit kepala bila rambut dah mula panjang. Kawan-kawan sekerja juga tidak menggalakkan saya berambut panjang kerana kurang menyerlah dan tidak sesuai buat wajah saya. Emm... saya merasa tekanan juga tetapi saya hanya boleh bertahan selama 2 bualan setengah.

Akhirnya pada hari ini, saya dengan tidak berfikir panjang terus menyuruh kawan baik saya "Al-Hafiz" menggunting rambut. Dengan tidak banyak bicara Hafiz terus menggunting rambut saya. Tanpa berfikir lagi, ah.. potong sahaja. Satu peristiwa yang tidak dapat dilupakan berlaku, tiba-tiba rambut saya susah nak digunting. Mungkin sebab "rambut" tu tahu saya nak menyimpannya panjang. Rupa-rupanya mesin pemotong rambut yang buat hal. Mata pemotong rambut dah tumpul dan kena pula dengan keadaan rambut saya macam dawai, ha ha lambatlah nak digunting. Hafiz terpaksa mengambil masa yang lama untuk menggunting dan mengemas rapi rambut saya.

Rambut penting buat manusia. Tanpa rambut wajah dan rupa bentuk manusia berubah. Pelbagai jenis fesyen rambut yang ada dan digayakan oleh remaja, orang tua mahupun kanak-kanak. Rambut harus dijaga dengan rapi supaya nampak sihat dan kemas. Kesihatan rambut juga perlu dititik beratkan seperti membasuh rambut setiap kali bangun dari tidur dan selepas balik dari kerja. Rambut adalah mahkota kepala yang unik anugerah dari tuhan yang Maha Esa. Jadi jagalah rambut anda!!!

Tiada ulasan: